Istilah.

*ISTILAH2 DALAM USAHA AGAMA*
1. Nehej = Method/ Kaedah/ Cara
2. Amla= pembantu dalam usaha agama.
3. Mutaharik= org yang aktif
4. Tajwiz= kenalpasti
5. Tanfiz= perlaksanaan
6. Takaza= keperluan
7. Mohallah= surau /masjid
8. Azaim=azam2
9. Buniadi= asas
10. Qawa-if =syarat2
11. Tafaqqud =ambil ehwal (interview)
12. Ijtimaiyyat= kebersamaan/satu hati
13.Ruksah=kelonggaran
14. Shabguzari = malam markaz
15. Sabiquun =berlumba2
16. Halqah= beberapa mohallah
17. Kelompok=beberapa halqah
18. Zon=kumpulan beberapa kelompok
19.Isti’dad=kesediaan
20. Markaz=pusat aktiviti usaha agama
21. Abadi masjid=usaha memakmurkan masjid
22. Khuruj =keluar
23. Nizam=peraturan
24. Safar syura=perjalanan ahli syura
25. Mazbut= kuat/ mantap
26. Jemaah induk=jemaah yang telah ada 2,3 orang dan perlu cari orang untuk sempurnakan jemaahnya untuk khuruj
27. Tashkil= ajak (khuruj)
28. Iltizam=komitmen
29. Intizam= persediaan/ aturan
30. Muntaqil=org yg berhijrah/berpindah
31.Zihin =bentuk fikir
32.Sohbat=berdamping dengan masyaikh untuk dapatkan mizaj dan fikir mereka
33.Intiqoli=usaha khuruj( hijrah sementara di luar)
34.Maqomi=usaha tempatan
35.Battah=hijrah kekal tak balik2 dah.
36.Jazbah=semangat
37.Karkun=pekerja usaha agama
38.*Mizaj= Tabiat/ budaya kerja
39.Ghash=jaulah berpusing2.
40.Takrir= Mungulang2 menyebut ttg kepentingan agama.
41.Mimbar wala-orang yang bertugas di mimbar(iklan dsb)
42.Jorna=orang yang mengajak orang berkumpul untuk majlis ijtimai.

Puppet.

*MELAYU PERLU SEDAR APABILA MAHATHIR MENGAKUI NEGARA SEDANG DIPERINTAH BANGSA DAP*

*ASSALAMUALAIKUM WBT*
3 Jamadil Awal 1440H/8 Januari 2019

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*NAIB PRESIDEN UMNO*

https://dsismailsabri.com/pengakuan-tun-mahathir-bukti-jelas-bahawa-dap-sedang-menguasai-pentadbiran-kerajaan-ph-dan-bangsa-melayu-dalam-bahaya/

Sebelum ini dilihat seolah pembangkang cuba menakut-menakutkan rakyat khususnya orang melayu apabila ramai dikalangan pemimpin dari UMNO dan PAS cuba menyampaikan dan membayangkan keadaan sebenar pemerintahan negara hari ini di bawah Kerajaan PH.Perkara ini dilihat kononnya cubaan membangkitkan ketidakselesaan antara kaum dan pemimpin UMNO dituduh “rasis” bila cuba menjelaskan berkaitan bagaimana Bangsa DAP ini sedang menguasai kerajaan dan pemimpin melayu yang ada hanya tidak lebih sebagai *”puppet”* dan boneka semata.

Semalam Tun Mahathir mengakui bahawa DAP memainkan peranan besar dalam Pakatan Harapan khususnya dalam pentadbiran Kerajaan PH termasuk kedudukan beliau sendiri sebagai Perdana Menteri.Bagi saya ianya tidak mengejutkan malah ini yang kami cuba sampaikan kepada rakyat apabila sebilangan kecil dari kaum minoriti sedang menentukan halatuju negara kita yaitu Bangsa DAP dalam tulisan saya sebelum ini https://dsismailsabri.com/icerd-gugat-kedudukan-melayu-dan-anak-negeri-sabah-sarawak-secara-senyap/

Jelas melalui pengakuan Tun Mahathir bahawa Anwar Ibrahim yang akan mengambil kedudukan sebagai Perdana Menteri selepas ini juga merupakan perancangan dan penentuan yang telah ditetapkan oleh DAP.Sama ada Tun Mahathir atau Anwar Ibrahim yang menjadi Perdana Menteri dalam Kerajaan PH ini , mereka hanya merupakan proksi dan boneka kepada DAP.

Tidak hairanlah tindakan dan dasar Kerajaan PH tidak langsung mengutamakan orang Melayu dan Bumiputera dalam beberapa keputusan penting kerajaan seperti :-

-Perlantikan Peguam Negara ,Ketua Hakim Negara ,Menteri Undang-Undang dan Menteri Kewangan dari kalangan mereka yang mesra DAP.Banyak kementerian-kementerian penting dikuasai oleh DAP samaada sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.

-Lihat sahaja Bajet kerajaan PH yang tidak langsung memberikan tumpuan kepada golongan B40 yang ramai dari golongan ini merupakan masyarakat kaum melayu dan bumiputera terutama yang berada di luar bandar.

-Bagaimana insentif yang menjadi keutamaan kerajaan terdahulu terhadap rakyat miskin melayu dan bumiputera dihapuskan.

-Bagaimana insentif-insentif untuk peniaga kecil bumiputera seperti “Status Kontraktor Bumiputera” tidak lagi diteruskan.

-Kita boleh lihat bagaimana beberapa institusi-institusi penting “ Orang Melayu” Bumiputera dan Islam seperti Felda,Felcra ,Khazanah dan Tabung Haji diceroboh oleh Bangsa DAP.Kenapa perlu hak berkaitan Islam perlu diurus oleh orang bukan Islam?

-Tabung Haji yang 100% milik dan hak Orang Islam diletakkan dibawah seliaan Kementerian Kewangan yang dikawal oleh Menteri Kewangan LGE yang jelas bukan Islam.Penjualan aset Tabung Haji yang sebelum ini menjadi kekuatan dan asas keuntungan yang membolehkan pencarum dan pemilik akaun di Tabung Haji yang mana 100% Islam mendapat dividen tertinggi setiap tahun.Ini juga usaha kerajaan BN sebelum ini untuk meningkatkan ekonomi Melayu Islam dan Bumiputera.

Kenyataan Tun Mahathir harus diteliti dan dilihat sebagai satu pengakuan kepada kebenaran apa yang kami cuba sampaikan sebelum ini betapa bahaya dan tergugatnya kita Melayu Islam dan Bumiputera hari ini kerana kita sedang berdepan dengan pemerintahan kaum minoriti DAP terhadap rakyat majoriti Melayu Islam di Tanah Melayu ini.

Tun Mahathir dan kepimpinan Melayu dalam Kerajaan PH hanyalah “Puppet” dan “ Proksi” yang mengikut telunjuk Bangsa DAP.

#melayuharusbangkit
#tolakbangsadap

Wassalam.